The Government of Brunei Darussalam



Sejarah

Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei ditubuhkan pada 31 Mei 1961 dan pada masa itu dikenali sebagai Askar Melayu Brunei. Kemudian pada 31 Mei 1965 perkataan DiRaja telah dikurniakan dan mulai hari itu ianya dikenali sebagai Askar Melayu DiRaja Brunei. Pada 1 April 1984 Askar Melayu DiRaja Brunei telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan dinaikkan taraf menjadi sebuah Angkatan dan dikenali sebagai Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei sehinggalah pada masa kini.

Mulai 1 Oktober 1991 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan penyusunan semula struktur Organisasi Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dengan menubuhkan lima unit besar iaitu:

  • Angkatan Tentera Darat DiRaja Brunei

  • Angkatan Tentera Laut DiRaja Brunei

  • Angkatan Tentera Udara DiRaja Brunei

  • Angkatan Tentera Perkhidmatan Bersenjata DiRaja Brunei

  • Pusat Latihan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei
   
 


||
Kenali Kami | Bahagian | Jabatanarah | Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||