The Government of Brunei Darussalam



Terdapat dua bahagian utama dalam Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam iaitu Bahagian Awam dan Bahagian Tentera.

Bahagian Awam

Bahagian Awam mengandungi empat Jabatanarah yang diketuai dan dikawal oleh dua Setiausaha-Setiausaha Tetap seperti di bawah:

Keempat-empat Jabatanarah diketuai oleh Pengarah dan Penolong Pengarah.


Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia

  • Memberikan bantuan dan khidmat dokongan utama berkenaan dengan penempatan keanggotaan awam.
  • Menilai dan meneliti bidang rujukan semua perjawatan didalam belanjawan tahunan.
  • Menyediakan rang belanjawan tahunan dan mengawal perbelanjaan bagi kakitangan awam dan lain-lain dibawah kawalan Jabatanarah ini.
  • Mengendalikan Jawatankuasa Latihan Kakitangan Awam, Jawatankuasa Perjawatan Awam dan Jawatankuasa Kerja Lebih Masa.
  • Mengawal pengurusan disiplin awam dan Hal-Ehwal Keugamaan didalam Kementerian dan mengendalikan Hal Ehwal Bekas Perajurit.

Jabatanarah Politik dan Organisasi

  • Bertanggungjawab bagi menilai semua isu yang bersangkutpaut dengan dasar pertahanan dan keselamatan negara ini.

  • Memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada semua pihak didalam Kementerian Pertahanan dari segi hal ehwal undang-undang.
  • Membuat kegiatan kajiselidik yang berhuung dengan politik dan pertahanan negara.

 

Jabatanarah Kewangan dan Perbekalan

  • Bertanggungjawab untuk mendapatkan dan membuat pengurusan kawalan bagi belanjawan peruntukan.

  • Membuat urusan perbekalan barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna (Kementerian, ABDB dan GRU).

  • Menguruskan semua keperluan pembayaran bagi pengguna.

  • Mempastikan "Value for Money" bagi semua pembelian barangan dan perkhidmatan.

  • Membuat urusan-urusan penyelarasan dalam sistem perolehan Kementerian termasuk ABDB dan GRU.

Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja

  • Bertanggungjawab bagi perancangan pembangunan dan binaan didalam Kementerian termasuk menyediakan rekabentuk, anggaran harga projek dan dokumen tawaran.

  • Bertanggungjawab membuat pengurusan pemeliharaan bagi semua bangunan didalam kawalan Kementerian termasuk perumahan awam yang disewa Kementerian.

  • Menguruskan penyimpanan secara rasmi tapak-tapak pembangunan bagi Kementerian dan menyelaras perancangan RKN yang berkaitan dengan Kementerian.

  • Menghadapkan sokongan dan nasihat bagi perlantikan konsultan dalam pengendalian satu-satu projek pembangunan.

  • Menyediakan / memohon peruntukan bagi pembiayaan projek didalam kawalan Kementerian dan RKN.



Bahagian Tentera


Bahagian Tentera diketuai oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  Terdapat enam Jabatanarah dibawah Bahagian Tentera iaitu Jabatanarah Gerakan dan Rancangan, Jabatanarah Perisikan dan Keselamatan, Jabatanarah Latihan dan Tugas Turus/ Doktrin, Jabatanarah Keanggotaan dan Pentadbiran, Jabatanarah Lojistik, dan Pejabat Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Stratejik.


|| Kenali Kami | Bahagian | Jabatanarah | Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||