The Government of Brunei Darussalam

 

Jabatanarah Tentera


Jabatanarah Gerakan dan Rancangan

  • Menjalankan perancangan pertahanan dan gerakan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dalam hal ehwal pertahanan Negara Brunei Darussalam.

  • Perkembangan Kombat dan Keperluan Gerakan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dan seterusnya membantu didalam rancangan penyelidikan dan pembelian peralatan-peralatan yang dikehendaki.

  • Semua sistem perhubungan termasuk didalam aspek perancangan dan peningkatan.

  • Mengarahkan Kumpulan-Kumpulan Projek (darat, laut dan udara) didalam menjalankan penyelidikan keatas peralatan-peralatan tertentu yang diperlukan oleh Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.

  • Menyatukan dan menyelaraskan dasar dan perancangan gerakan Mencari dan Menyelamat bersama dengan agensi Mencari dan Menyelamat peringkat Kebangsaan.

Jabatanarah Perisikan dan Keselamatan

  • Menyediakan perkhidmatan perisikan yang tepat, objektif dan bermanfaat kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.

  • Menentukan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei selamat daripada sebarang bentuk ancaman.

  • Bertindak sebagai saluran perhubungan diantara Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dan organisasi-organisasi pertahanan atau ketenteraan dan misi-misi daripada negara-negara asing di Negara Brunei Darussalam.

  • Melatih dan mendidik anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei di dalam bidang perisikan dan keselamatan.

Jabatanarah Latihan dan Tugas Turus/Doktrin

  • Menentukan segala latihan-latihan dalam dan luar negeri yang perlu diungkayahkan.

  • Menentukan usaha bagi pengeluaran semua Hukuman-Hukuman Tetap dan Prosedur.

  • Mendapatkan buku-buku Panduan Latihan dan Rujukan bagi ABDB.

  • Memastikan perjalanan pembelajaran mingguan bagi pegawai-pegawai muda termasok TEWT (Tactical Exercise Without Troop).

  • Membuat dan mengadakan perbincangan dua hala dalam aspek latihan termasuk luar dan dalam negeri.

  • Mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara sahabat bagi peningkatan pembelajaran dan latihan.

  • Membuat dan menyediakan peruntukan belanjawan tahunan bagi Latihan, Seminar, Mesyuarat dan lain-lain.

  • Memproses dan meluluskan permohonan Skim Pengajian  Tertinggi ABDB.

Jabatanarah Keanggotaan dan Pentadbiran

  • Jabatanarah ini berfungsi dan bertanggungjawab keatas semua polisi yang berhubungkait dengan keanggotaan, Protokol, Perlaksanaan Upacara Rasmi, Tatatertib dan Kewangan.   Dalam aspek keanggotaan, Jabatanarah ini bertanggungjawab bagi pengendalian semua keperluan penggambilan, perancangan kemasukan, pemberhentian, kenaikan pangkat, pertukaran semua anggota termasuk menyelaraskan apa jua urustadbir yang berhubungkait dengan hal ehwal keanggotaan.  Dalam aspek protokol, Jabatanarah ini  bertanggungjawab bagi mengendalikan semua aspek perbarisan dan upacara-upacara rasmi angkatan termasuk bagi mengawasi semua perkara yang berhubungkait dengan tatatertib.  Jabatanarah ini jua bertanggungjawab bagi menentukan semua aspek gaji dan elaun yang diperlukan diselaraskan mengikut arahan terkini sepertimana yang telah digariskan.

Jabatanarah Lojistik

  • Bertanggungjawab keatas perkara-perkara lojistik dan rancangan-rancangan serta simpanan lojistik.

Pejabat Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik

  • Bertanggungjawab keatas hal ehwal perancangan stratejik Kementerian Pertahanan.


|| Kenali Kami | Bahagian | Jabatanarah | Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||