The Government of Brunei Darussalam

Versi Bahasa Inggeris



Sejarah | Peranan | Struktur Organisasi | Tanggungjawab

Sejarah

Penubuhan Kementerian Pertahanan pada 1 Januari 1984, adalah merupakan titik bermulanya satu era dalam aspek pertahanan Negara Brunei Darussalam. Bermula detik ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mula memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal pertahanan negara ini, sejajar dengan tarafnya menjadi sebuah negara yang penuh merdeka lagi berdaulat. Tanggungjawab pertahanannya sebelumya dipegang oleh Kerajaan British.

Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang pertama ialah Al-Mahrum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddien. Sejak Baginda lindung pada 7 September 1986, jawatan Menteri Pertahanan telah dipegang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zaddin Waddaulah Sultan dan Yang-DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Peranan

  • Tanggungjawab utama Kementerian ini sebagai salah satu jentera kerajaan ialah untuk membentuk, menyediakan dan menyusun segala perancangan dan pertubuhan dari segi tenaga manusia dan kelengkapan didalam keupayaannya untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara ini, mengekalkan keselamatan dan keamanannya dan menjamin perpaduan, perkembangan dan kemakmurannya.

  • Kementerian ini juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain didalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

Struktur Organisasi

Menteri Pertahanan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, yang juga selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei. Baginda dibantu oleh Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara DiRaja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Baásith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, dan tiga orang pegawai tinggi, iaitu Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran), Yang Dimuliakan Pehin Datu Singamanteri Kolonel (L) Dato Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan  Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan).

Kuasa tadbir Kementerian Pertahanan meliputi Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) dan mengawal Pasukan Simpanan Gurkha. Pentadbiran Kementerian Pertahanan dibahagikan kepada bahagian awam dan bahagian tentera. Bahagian awam diketuai oleh kedua Setiausaha Tetap manakala bahagian tentera diketuai oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.

Kementerian Pertahanan


Menteri Pertahanan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam

 


Timbalan Menteri Pertahanan

Yang Amat Mulia
Pengiran Sanggamara DiRaja
Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong


Pehin Halbi.jpg (13958 bytes)
Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei

Yang Dimuliakan
Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof

 
sutdp.jpg (177524 bytes)
Setiausaha Tetap
(Dasar dan Pentadbiran)

Yang Dimuliakan
Pehin Datu Singamanteri Kolonel (L) Dato Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar

 

 

 




Setiausaha Tetap
(Kewangan dan Pembangunan)

 


Tanggungjawab

Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei

:

Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Haji Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, adalah penasihat utama di dalam hal ehwal ketenteraan.
 
     
Setiausaha Tetap
(Dasar dan Pentadbiran)

:

Yang DiMuliakan Pehin Datu Singamanteri Kolonel (L) Dato Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, adalah sebagai penasihat utama bagi hal ehwal dasar pertahanan dan pentadbiran, dan adalah penyelaras utama di bidang itu.

     
Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan)

:

Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan) adalah penasihat utama dalam hal ehwal pertahanan yang melibatkan kewangan dan perbekalan. Beliau juga adalah penyelaras utama bagi penyediaan anggaran belanjawan projek-projek.

     


|| Kenali Kami | Bahagian | Jabatanarah | Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||